Nini Malini

Jual Hartanah

Cabaran Utama Proses Jual Beli Hartanah

Proses penjualan rumah terutama dalam keadaan pasaran sekarang adalah tidak mudah. Pemilik hartanah memerlukan kemahiran dan jaringan yang luas untuk memastikan proses berjalan lancar dan tidak memberi masalah di kemudian hari..

Antara masalah yang dihadapi pemilik hartanah apabila memilih untuk tidak melantik Ejen Hartanah Berdaftar:

Menentukan Harga Yang Tepat

Tanpa penilaian hartanah profesional atau pengetahuan pasaran yang mendalam, pemilik rumah boleh mengenakan harga yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, yang boleh merugikan pemilik dalam jangka panjang.

Pengiklanan & Pemasaran

Pemilik perlu mengambil tanggungjawab penuh dalam membuat iklan, menjalankan pemasaran dan hebahan dalam platform jualan hartanah atau di media sosial.

Perundingan & Perjanjian

Menjadi pihak dalam perjanjian jual beli hartanah adalah tanggungjawab yang besar. Kesilapan dalam perjanjian atau perundingan boleh mengakibatkan masalah undang-undang atau kesilapan lain.

Semakan Kondisi & Kesediaan

Rumah mungkin memerlukan penyelenggaraan dan semakan yang rapi sebelum dilawati bakal pembeli. Memastikan rumah sentiasa dalam keadaan terbaik boleh menjadi tugas yang mencabar.

Perundingan Harga & Terma

Memahami bagaimana rundingan harga dan syarat dengan pembeli adalah kemahiran utama yang penting. Pemilik rumah perlu tahu bagaimana menjawab tawaran yang berbeza dan menangani sebarang perundingan.

Urusan Undang Undang & Dokumentasi

Pemilik rumah perlu memastikan bahawa semua dokumen perundangan diperlukan dan prosedur undang-undang diikuti dengan betul. Ini termasuk pengesahan identiti pembeli, urusan pinjaman, dan pindah milik harta.

Dengan Lebih 3 Tahun Pengalaman, Izinkan Saya Bantu Anda Uruskan Kesemuanya

Proses penjualan hartanah bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya melibatkan banyak pihak seperti Bank, Peguam, Jabatan Kerajaan, Penilai dan agensi lain yang berkaitan.

Saya akan bantu anda uruskan kesemuanya.

Izinkan Saya Bantu Jualkan Hartanah Anda

Langkah 1

HUBUNGI saya melalui Whatsapp atau Butang HUBUNGI SAYA untuk proses perbincangan tentang hartanah anda.

Langkah 2

Proses INSPECTION akan dijalankan di hartanah anda bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.

Langkah 3

Proses PENGIKLANAN akan dijalankan di medium pengiklanan hartanah dan medium terpilih.

Langkah 4

Proses RUNDINGAN di antara pembeli dan penjual bagi mendapatkan keputusan yang terbaik.

Isikan Maklumat Hartanah Anda Untuk Saya Bantu Dengan Lebih Mudah

Reset password

Enter your email address and we will send you a link to change your password.

Scroll to Top